Kumpulan kesenian Anjung tradisi

 PERSEMBAHAN TARIAN DATUN JULUD SARAWAK SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN KAPTEN ASYRAF DAN SAFIKA BERTEMPAT DI DEWAN PERTUBUHAN PELADANG KOTA BHARU PADA 1 MEI 2016

 Pada 1 Mei yang lalu kumpulan tarian kesenian Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan tarian Datun Julud bersama pemuzik sape live bersempena Majlis perkahwinan kapten Asyraf dan Safika bertempat di dewan pertubuhan peladang Kota Bharu Kelantan. Kami membuat persembahan semasa sambutan pengantin dan semasa pembukaan majlis. Rasanya bagi jemputan Kapten Asyraf ini merupakan kali pertama warga Kelantan dapat menyaksikan secara langsung tarian Datun Julud dari Serawak di sini. Majlis perkahwinan ini juga berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan dengan persembahan muzik bagpipe semasa sambutan pengantin dan iringan tentera berpedang. Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kapten Asyraf kerana bersetuju dengan persembahan begini di negeri kelantan. kami tiba sehari awal bagi persediaan majlis ini. Terima kasih kerana meberi kepercayaan kepada kami.

Read more

PERSEMBAHAN LIVE BAND DAN GHAZAL DI MAJLIS PERKAHWINAN DR.EMYLIA DAN DR. SAIFULDIN DI KLANA RESORT SEREMBAN PADA 16 APRIL 2016 

kumpulan Live band dan Ghazal Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan tetamu di majlis perkahwinan Dr Emylia dan Dr Saifuldin bertempat di Klana Resort Seremban.Kumpulan kami telah dihubungi oleh ibu pengantin perempuan iaitu puan Shahrul Bahriah pada Okt 2015 lagi. Yang mana satu perjumpaan telah dilakukan di Klana Resort bagi membincangkan persembahan yang bersesuaian dengan majlis ini. Pada mulanya puan Shahrul Bahriah dan suami inginkan ghazal dan keroncong sahaja tetapi pengantin perempuan pula inginkan live band. Oleh kerana agak sukar untuk membuat kata putus akhirnya saya memberikan idea bahawa pemuzik kumpulan kami boleh membuat persembahan keduanya sekali. Cuma alat muziknya nanti akan berbeza contohnya pemain keyboard kami juga akan mainkan akordian (tradisional) dan violin juga boleh bermain ghazal, keroncong dan lagu pop live band. Akhirnya keluarga pengantin bersetuju dengan cadangan saya ini. keluarga pengantin juga meminta saya untuk mendapatkan Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong Malaysia) untuk terlibat sama dalam acara ini. Saya juga telah menjelaskan bahawa bayaran untuk menjemput Jamilah Abu Bakar akan berbeza daripada kumpulan muzik kami dan perkara ini juga telah dipersetujui oleh keluarga pengantin.Semalam telah berlangsung dengan jayanya persembahan ini dan menurut puan shahrul, keluarga pengantin berpuas hati dengan persembahan kami. Selamat pengantin baru Dr Emylia dan Dr Saifuldin dan tahniah kami ucapkan.  

Read more

PERSEMBAHAN GHAZAL DAN TARIAN ZAPIN SEMASA ACARA DELEGASI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DI SALOMA BISTRO KL PADA 20 APRIL 2016 

Pada 20 April lepas, kumpulan ghazal dan tarian zapin anjung tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan untuk menghiburkan delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertempat di Saloma Bistro Jalan Ampang Kuala Lumpur.  

Read more

SISTEM TEKNIKAL AUDIO DAN LIGHTING UNTUK MAJLIS INDUKSI PELAJAR BAHARU MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM BERTEMPAT DI DEWAN HUGO MJII BERANANG PADA 21-22 APRIL 2016 

Pada 21 dan 22 april yang lepas, Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk menyediakan sistem teknikal audio dan lighting untuk majlis induksi pelajar baharu malaysia japan higher education program bertempat di dewan hugo MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM (MJII) Beranang. Semasa majlis induksi ini, pelajar telah mengadakan pertandingan teater dan pemenang tempat pertama kedua dan ketiga telah diberi peluang mengadakan persembahan pada majlis makan malam yang diadakan.  

Read more

PERSEMBAHAN TARIAN 1MALAYSIA BERSEMPENA ACHA CAE LEADERSHIP FORUM BERTEMPAT DI PULLMAN KL PADA 25 APRIL 2016 

Pada 25 april yang lalu, kumpulan tarian 1Malaysia Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan di acara ACHA CAE LEADERSHIP FORUM DINNER THE INSTITUTE OF INTERNAL AUDITORS MALAYSIA bertempat di Pullman Kuala Lumpur. Semasa persembahan ini, para peserta forum sempat bersama penari anjung tradisi mencuba bersama sama tarian Malaysia. 

Read more

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN AZHAR DAN SYARINA PADA 26 APRIL 2016 BERTEMPAT DI IDCC CONVENTION CENTRE SHAH ALAM 

Pada 26 April yang lepas, kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan para jemputan majlis perkahwinan Azhar dan Syarina yang berlangsung di IDCC Convention Centre Shah Alam 

Read more

SESI RAKAMAN KLIP VIDEO KUDA KEPANG UNTUK IKLAN ANTARABANGSA TOURISM MALAYSIA PADA 7 MAC 2016 BERTAMPAT DI Terrapuri Heritage Village, Penarik Terengganu 

Pada 7 mac yang lalu, kumpulan Kuda Kepang Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk terlibat sama di dalam sesi rakaman klip video iklan antarabangsa Tourism Malaysia bertempat di Terrapuri Heritage Village, Penarik Terengganu. Kami bergerak ke Terengganu pada 6 Mac dan menginap semalaman di sana sebelum sesi rakaman bermula pada jam 6 pagi. Agak penat juga penari kami terpaksa melakukan aksi berulang ulang kali sehingga jam 5 petang. Tetapi tidak mengapa kerana tarian kumpulan kami akan ditayangkan di merata tempat di seluruh dunia. Selesai sesi rakaman kami terus balik ke Kuala Lumpur bagi persediaan persembahan seterusnya.  

Read more

MEMBEKAL PERALATAN SOUND SYSTEM, LIGHTING SYSTEM DAN LIVE FEED SYSTEM UNTUK MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR PROGRAM HIGHER EDUCATION MALAYSIA JEPUN DI MJII PADA 12 MAC 2016 

Pada 12 Mac 2016 yang lalu kumpulan kami sekali lagi diberi kepercayaan untuk membekalkan sistem teknikal audio, lighting dan sistem live feed untuk acara konvokesyen pelajar program Malaysia Jepun di Malaysian Japan Industrial Institut di Beranang Selangor. Kami melakukan sesi setup sehari lebih awal bagi tujuan raptai penuh acara dan mula bertugas pada 7 pagi 12 Mac tersebut. Acara berakhir pada jam 3 petang 

Read more

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA ACARA PERTEMUAN, HI TEA AMAL PELANCARAN PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA WARIGH MENUANG KARIM PADA 13 MAC 2016

 Pada 13 Mac yang lalu kumpulan ghazal kami telah dijemput untuk memeriahkan majlis acara pertemuan, hi tea amal pelancaran persatuan kebajikan keluarga Warigh Menuang Karim bertempat di Royale Bintang Seremban. Disebabkan oleh jadual acara yang agak padat dengan aktiviti daripada pihak penganjur, kumpulan kami hanya sempat membuat persembahan beberapa buah lagu sahaja.

Read more

PERSEMBAHAN TARIAN 1MALAYSIA SEMASA PELANCARAN PERASMIAN HITACHI INDUSTRIAL EQUIPMENT MALAYSIA BERTEMPAT DI HOTEL SAUJANA SUBANG PADA 16 MAC 2016

 Pada 16 Mac 2016 yang lalu kumpulan tarian dewasa anjung tradisi telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan tetamu dari luar negara yang dijemput oleh Hitachi (M) Sdn Bhd semasa pelancaran perasmian Hitachi Industrial Equipment Malaysia bertempat di Hotel Saujana Subang. Kami telah mengadakan persembahan muzik 1Malaysia yang terdiri daripada tarian pembukaan, zapin, tarian klasikal india dan tarian Cina. Tetamu juga turut diberi peluang untuk menari bersama kumpulan kami dalam acara joget lambak.

Read more

SESI RAKAMAN KLIP VIDEO GAMELAN UNTUK IKLAN TOURISM MALAYSIA BERTEMPAT DI TADOM HILL BANTING PADA 21 MAC 2016 

Pada 21 Mac lepas kumpulan Gamelan Anjung Tradisi telah dijemput untuk mengadakan persembahan untuk tujuan sesi rakaman klip video gamelan untuk iklan tourism malaysia bertempat di Tadom Hill Banting. Sesi rakaman ini juga merupakan lanjutan rakaman yang telah berlangsung di Terengganu pada awal Mac yang lalu. 

Read more

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN AZHAR DAN SYARINA BERTEMPAT DI IDCC PADA 26 MAC 2016 

Pada 26 Mac 2016 yang lepas, bertempat di IDCC Shah Alam, kumpulan ghazal kami telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan bagi meraikan majlis perkahwinan Azhar dan Syarina. Keluarga pengantin telah menghubungi kami sejak 1 bulan yang lalu bagi membincangkan keperluan persembahan dan juga pembayaran deposit bagi menempah kumpulan kami. Alhamdulillah segala yang dirancang telah berlangsung dengan lancar. Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.  

Read more

PERSEMBAHAN TARIAN 1MALAYSIA MULTICULTURAL DAN LIVE BAND TRIO SEMASA MAJLIS MAKAN MALAM DANONE DUMEX TTT SAPAC PADA 23 FEB 2016 BERTEMPAT DI MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR. 

Semalam kumpulan tarian dan live band trio anjung tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan Tarian 1Malaysia Multicultural dan muzik iringan instrumental semasa majlis makan malam Danone Dumex TTT SAPAC pada 23 feb 2016 bertempat di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Di akhir persembahan penari kami bersama para delegasi antarabangsa telah berjoget lambak bersama. Terima Kasih Danone Dumex kerana memilih kami. 

Read more

TARIAN KANAK KANAK BOLLYWOOD SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN DATO' KAMAL DAN DATIN AZIE PADA 20 FEB 2016 BERTEMPAT DI LAMAN PENGANTIN TAMAN MELAWATI 

 Kemeriahan majlis perkahwinan Dato' Kamal & Datin Nazila@Noor Aziee di Laman Pengantin Taman Melawati. Diserikan oleh kumpulan penari kanak-kanak dengan tema tarian Bollywood pada 20 Februari 2016. Kanak-kanak ini turut menyambut kehadiran mempelai dengan senyuman cukup comel dan menyajikan pengantin dengan tarian yang cukup bersemangat!

Read more

 PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL ASLI SECARA DUET UNTUK PAKEJ PERKAHWINAN DAN ACARA KORPORAT

 Bagi yang tidak berapa mengetahui mengenai muzik tradisional melayu Malaysia. Muzik asli melayu dimainkan dengan menggunakan peralatan muzik yang sangat ringkas iaitu Violin (Biola), Gendang (Rebana Medan atau Melayu), Akordian dan Gong. Namun boleh juga dimainkan secara duet (2 orang sahaja) seperti gabungan antara akordian dan violin, akordian dan rebana atau violin dan gendang atau violin dan gambus. Namun sekiranya igin digunakan di dalam acara (acara rasmi atau acara korporat). Hanya sesuai dimainkan di ruang yang kecil (tidak memerlukan sistem bunyi (PA System). Contohnya di lobi dewan atau di majlis makan eksklusif tertutup atau di restoran mengiringi permintaan pelanggan utnuk acara istimewa.

Read more
View more