Back to the list

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN FARIDAH SIDIK DAN SUHAIMI LAZIM PADA 13 FEB 2016 BERTEMPAT DI JOYDEN HALL SINGAPURA. 

Pada 13 Febuari yang lepas, kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah dijemput untuk menghiburkan tetamu majlis perkahwinan Faridah Sidik dan Suhaimi Lazim pada bertempat di Joyden Hall Singapura. Keluarga pengantin telah menghubungi kami melalui facebook page sejak 2 bulan yang lalu. Seterusnya memberi pengesahan mengenai acara ini pada pertengahan Januari.Kami menginap di Hotel Grand Bluewave dan berulang alik dari Johor Bharu ke Singapura dari 12 Febuari hingga 13 Febuari. Tahniah kami ucapkan kepada pengantin atas kejayaan majlis perkahwinan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana yakin dengan kebolehan kami untuk menghiburkan tetamu semasa majlis perkahwinan ini.Majlis ini telah diuruskan oleh Perancang Perkahwinan ReekaTimur.