Kumpulan kesenian Anjung tradisi
Back to the list

PERSEMBAHAN LIVE BAND DAN GHAZAL DI MAJLIS PERKAHWINAN DR.EMYLIA DAN DR. SAIFULDIN DI KLANA RESORT SEREMBAN PADA 16 APRIL 2016 

kumpulan Live band dan Ghazal Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan tetamu di majlis perkahwinan Dr Emylia dan Dr Saifuldin bertempat di Klana Resort Seremban.Kumpulan kami telah dihubungi oleh ibu pengantin perempuan iaitu puan Shahrul Bahriah pada Okt 2015 lagi. Yang mana satu perjumpaan telah dilakukan di Klana Resort bagi membincangkan persembahan yang bersesuaian dengan majlis ini. Pada mulanya puan Shahrul Bahriah dan suami inginkan ghazal dan keroncong sahaja tetapi pengantin perempuan pula inginkan live band. Oleh kerana agak sukar untuk membuat kata putus akhirnya saya memberikan idea bahawa pemuzik kumpulan kami boleh membuat persembahan keduanya sekali. Cuma alat muziknya nanti akan berbeza contohnya pemain keyboard kami juga akan mainkan akordian (tradisional) dan violin juga boleh bermain ghazal, keroncong dan lagu pop live band. Akhirnya keluarga pengantin bersetuju dengan cadangan saya ini. keluarga pengantin juga meminta saya untuk mendapatkan Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong Malaysia) untuk terlibat sama dalam acara ini. Saya juga telah menjelaskan bahawa bayaran untuk menjemput Jamilah Abu Bakar akan berbeza daripada kumpulan muzik kami dan perkara ini juga telah dipersetujui oleh keluarga pengantin.Semalam telah berlangsung dengan jayanya persembahan ini dan menurut puan shahrul, keluarga pengantin berpuas hati dengan persembahan kami. Selamat pengantin baru Dr Emylia dan Dr Saifuldin dan tahniah kami ucapkan.