Kumpulan kesenian Anjung tradisi
Back to the list

 PERSEMBAHAN TARIAN DATUN JULUD SARAWAK SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN KAPTEN ASYRAF DAN SAFIKA BERTEMPAT DI DEWAN PERTUBUHAN PELADANG KOTA BHARU PADA 1 MEI 2016

 Pada 1 Mei yang lalu kumpulan tarian kesenian Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan tarian Datun Julud bersama pemuzik sape live bersempena Majlis perkahwinan kapten Asyraf dan Safika bertempat di dewan pertubuhan peladang Kota Bharu Kelantan. Kami membuat persembahan semasa sambutan pengantin dan semasa pembukaan majlis. Rasanya bagi jemputan Kapten Asyraf ini merupakan kali pertama warga Kelantan dapat menyaksikan secara langsung tarian Datun Julud dari Serawak di sini. Majlis perkahwinan ini juga berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan dengan persembahan muzik bagpipe semasa sambutan pengantin dan iringan tentera berpedang. Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kapten Asyraf kerana bersetuju dengan persembahan begini di negeri kelantan. kami tiba sehari awal bagi persediaan majlis ini. Terima kasih kerana meberi kepercayaan kepada kami.