Back to the list

 PERSEMBAHAN PAKEJ TARIAN PERKAHWINAN SEMASA MAJLIS MERAIKAN PENGANTIN AZIZ DAN SALENA DI DEPALMA SHAH ALAM PADA 13 FEB 2016

 Pada 13 haribulan febuari 2016 juga kumpulan tarian tradisional Anjung Tradisi telah dijemput untuk mengadakan persembahan bersempena majlis perkahwinan Aziz dan Salena bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Kami berjumpa untuk berbincang sejak 2 minggu yang lalu berkenaan majlis perkahwinan ini. Setelah berbincang sambil minum kopi di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia. Pengantin bersetuju untuk melibatkan kami di dalam majlis ini dengan 3 buah tarian. Terima Kasih kerana yakin dengan kebolehan kami. Disebabkan saya berada di singapura pada waktu ini Wan Azlina berada di lokasi untuk menguruskan acara, mengambil gambar dan video.Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung.