Kumpulan kesenian Anjung tradisi
Back to the list

SESI RAKAMAN KLIP VIDEO KUDA KEPANG UNTUK IKLAN ANTARABANGSA TOURISM MALAYSIA PADA 7 MAC 2016 BERTAMPAT DI Terrapuri Heritage Village, Penarik Terengganu 

Pada 7 mac yang lalu, kumpulan Kuda Kepang Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk terlibat sama di dalam sesi rakaman klip video iklan antarabangsa Tourism Malaysia bertempat di Terrapuri Heritage Village, Penarik Terengganu. Kami bergerak ke Terengganu pada 6 Mac dan menginap semalaman di sana sebelum sesi rakaman bermula pada jam 6 pagi. Agak penat juga penari kami terpaksa melakukan aksi berulang ulang kali sehingga jam 5 petang. Tetapi tidak mengapa kerana tarian kumpulan kami akan ditayangkan di merata tempat di seluruh dunia. Selesai sesi rakaman kami terus balik ke Kuala Lumpur bagi persediaan persembahan seterusnya.